Inul Daratista buang lemak





Demi kecantikan, penyanyi dangdut popular, Inul Daratista sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik. Menurut Inul, kemontokan tubuh badannya itu kini persis menyerupai pelakon Julia Perez dan sebelum ini dia pernah tertekan gara-gara berat badannya yang naik mendadak selepas melahirkan anaknya beberapa bulan lalu.
“Bayangkan, berat badan saya naik dari 56 kilogram (kg) kepada 72kg. Tetapi sekarang sudah turun sikit kepada 62kg. Bagaimanapun, saya mahu mendapatkan berat badan yang ideal iaitu 56kg. Saya sanggup menjalani rawatan laser untuk sedut lemak dua kali seminggu. Saya juga mendapat khidmat jurulatih peribadi, Betty Tilarso seminggu tiga kali. Biar badan saya cepat langsing,” ujarnya kepada laman web Kompas.
Tambahnya, dia sanggup berhabis duit demi mendapatkan tubuh badan yang cantik. Cuma wanita berusia 30 tahun itu enggan melakukan pelbagai jenis rawatan kerana masih memberikan susu badan kepada anaknya, Yusuf Ivander Damares.

Post a Comment

0 Comments