Kenyataan Ummi Nazeera di BiPop

Petikan sebulat suara diambil dari Gua.

Bagi mereka yang mengikuti kisah pertengkaran di antara Remy Ishak, 27, dan Ummi Nazeera, 19, sehingga kini kita sudah disaji dengan versi cerita dari pihak Remy dan juga pembantu rumah Ummi, Susi Sumarni.

Hari ini, melalui akhbar sisipan B*Pop - ‘Sama-sama ‘naik hantu”, Ummi akhirnya tampil ke depan untuk menceritakan apa yang berlaku pada malam 4 Disember.

Hanya kawan rapat
Jika sebelum ini, Remy mengesahkan apa yang sudah lama dipercayai ramai, bahawa dia dan Ummi pasangan kekasih, Ummi pula memberitahu mereka hanya kawan rapat. Tambahnya, bukan keluarga tak restu, cuma tidak memberi sokongan kerana usianya yang masih muda.

Remy naik angin kerana ‘jealous’
Dedah Ummi, pada perjumpaan malam itu, Remy telah bertanya jika dia ada keluar dengan lelaki lain. Kerana enggan mempercayai jawapan Ummi yang berkata tidak, Remy telah mengambil telefon bimbit Ummi untuk diperiksa, dan selepas itu dicampakkan telefon tersebut.

Ekoran dari tindakan Remy, Ummi pun memukulnya “gila-gila”. Akui Ummi, ketika itu dia dipengaruhi emosi dan bukannya benda lain seperti arak atau dadah – dalam pendedahan Remy, bau nafas Ummi dikatakan “tidak seperti kelazimannya”.

Berlainan juga dari keterangan Remy yang mengatakan dia hanya mendiamkan diri apabila dipukul Ummi dan ketika ingin mengelak, tangannya terkena muka Ummi, Ummi memberitahu Remy “tanpa disedari naik tangan”.

Ibu tak upah orang belasah Remy
Dalam temubual itu juga, Ummi menafikan pembabitan ibunya dalam insiden Remy dibelasah tujuh lelaki di Istana Budaya keesokan malamnya.

Post a Comment

0 Comments