Kerana curi buku, ‘Detektif Lim’ dipenjara 2 Bulan dan denda RM2,000

Farid Amirul

Mesti korang ingat lagi kan mengenai kes ‘Detektif Lim’ (ala, pelakon drama Gerak Khas tu) yang kantoi mencuri 2 buah buku kat MPH Book Store Midvalley pada Mac lalu? Kalau ingat baguslah. Kalau tak ingat takpe, teruskan membaca. Hehee..

Kerana kes tersebut, beliau atau nama sebenarnya Mohd Farid Amirul Wu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 2 bulan dan denda sebanyak RM2,000. Hukuman tersebut dijatuhkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari ini (17/12/2009).

Walau bagaimanapun, ‘Detektif Lim’ dibenarkan memohon bon jaminan kerana dia telah meminta penangguhan hukuman yang sepatutnya berkuatkuasa pada hari ini. Farid melalui peguambela’nya, Nor Azri Mohd Arif membuat rayuan di depan Majistret Mohd Faizi Che Abu untuk membawa kes ke Mahkamah Tinggi.

Disebabkan bayaran ikat jamin asal RM1,500 dinaikkan ke RM3,000, bermakna secara keseluruhannya Farid perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM5,000 termasuk denda hukuman itu iaitu RM2,000.

Pada 24 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan pelakon yang popular dengan watak `Detektif Lim’ itu membela diri atas tuduhan mencuri dua buku di kedai buku MPH, Mac lalu.

Pada 22 Oktober lalu, Farid memberitahu mahkamah yang dia dipaksa mengaku bersalah mencuri dua buah buku kerana pihak MPH mendakwa telah memerhatikan gerak gerinya menerusi sistem litar tertutup (CCTV).

Zon Artis: Alahai ‘Detektif Lim’, hanya kerana 2 buah buku, tak pasal-pasal kamu kena masuk penjara disamping membayar denda RM2000. Tu ler, sape suruh pergi curi buku tu? Kalau kamu bayar je kan senang. Takde la nak turun naik mahkamah bagai. Kalau dah tahu tak cukup duit nak beli, diam-diam sudah.

Post a Comment

0 Comments