Maya Karin & Suami Tanam Sayur Sendiri

Keluar topik sedikit, hari ini Zubir The King tidak menulis apa-apa yang signifikan buat peminat hiburan Malaysia.

Cuma, ada tulis nota pendek mendakwa ada artis ‘kekwat’ tidak bertempat dengan wartawan. Tipikal Zubir.

Berbalik kepada Maya Karin yang semakin hari semakin awesome, dalam KOSMO! hari ini beliau memberitahu yang suaminya seorang yang kuat bertani.

Maya Karin & suami di’katakan menanam sendiri sayur di’apartment mereka seperti timun, tomato, kacang panjang & macam-macam lagi.

Baru-baru ini kata Maya Karin, beliau dapat menikmati rempah basil hasil tanaman suami tercinta. Untung Maya Karin dapat suami yang rajin sebegitu.

Beliau & suami yang akan berpindah ke Sungai Penchala tidak lama lagi mendakwa aktiviti bercucuk tanam ini akan di’teruskan dengan lebih serius.

Walaupun berkahwin dengan seorang guru Matematik, Maya Karin masih tidak sukakan subjek tersebut & suaminya pun jarang bercakap tentang hal sekolah di’rumah.

Jika kami mampu bagi anugerah pasangan suami & isteri paling awesome dari kalangan artis, Maya Karin & suaminya akan menang tanpa soal.

Post a Comment

0 Comments