Gambar seksi Kat mentor jadi bahan gossip !!

  • Penampilan penyanyi dari program realiti Mentor, Kat memang seksi, panas, glamor dan bergaya.


    Daripada gaun simetri singkat berona hitam, beralih ke nada putih salju dan digantikan pula ke gaun pendek kembang bunga tersemat di dada, gaya dan penampilan Kat tetap bertenaga, malah boleh membuatkan hati sesiapa saja berdetup kencang.

    Untungnya Kat kerana dianugerahkan fizikal yang tinggi lampai dan pesona wajah yang cantik, apatah lagi apabila raut wajahnya diserlahkan bersama solekan magik Chot.

    Ketika ditanya sendiri tentang pengalamannya menggayakan koleksi fesyen WANPA, Kat berkata dia nyata sukakan rekaan pakaian hasil ciptaan 2 pereka itu yang disifatkannya cukup seksi dan bergaya.

    Maka tidak hairanlah, mengapa dia tidak menolak tawaran WANPA yang terlalu menginginkan dirinya bagi menjayakan sesi fotografi istimewa berkenaan.
  • Post a Comment

    0 Comments