Setakat ini, Umie belum mengetahui bilakah tarikh dan waktu majlis berinai itu akan diadakan tetapi tempatnya telah ditetapkan di lokasi pertunangan mereka di I-Zen, Mont Kiara 1 - kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak. Bercerita mengenai majlis berinai Umie, dia berkata majlis yang akan mendapat sentuhan pereka terkenal Kem Salleh dengan warna tema hitam dan putih.
“Malam berinai itu diadakan atas permintaan ibu saya, Asmah Mohd Ali. Sebelum ini saya tak pernah terfikir pun untuk mengadakan majlis ini. Apabila fikir balik, bagus juga saya melakukan majlis ini untuk meraikan kawan-kawan rapat dan media yang tidak dapat menghadiri majlis nikah kami nanti. Majlis itu akan berlangsung mengikut adat Melayu dan dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga sebelah pihak perempuan. Jadi bakal suami saya mungkin tidak akan hadir dalam majlis itu,”ceritanya.
Setelah bernikah nanti, Umie berkata sebuah majlis resepsi perkahwinan bagi kedua-dua pihak pengantin akan dilangsungkan di Kuala Lumpur. Untuk majlis pernikahan dan resepsi nanti, Umie akan menggunakan khidmat pereka tersohor Jovian Mandagie. Tema resepsi perkahwinan pilihan Umie adalah tradisional moden. Semestinya majlis perkahwinan Umie tidak mewah dengan tajaan dan seperti kata Umie: “Semuanya dibuat sendiri.”
0 Comments