Persembahan Datuk Khatijah Ibrahim Untuk Tabung Kanser


Walaupun sibuk dengan kerja-kerja seharian sebagai artis di Malaysia, mereka tidak pernah lupa akan keperitan insan-insan lain yang memerlukan bantuan.

Persembahan Amal ini akan berlangsung di di Universiti Malaya bulan depan, kepada anda semua jika ingin menyaksikan dan menderma datang la beramai-ramai ke persembahan Amal ini.konsert khas bagi mengumpul dana untuk Tabung Kanser Payudara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)Berita seterusnya ada di bawah..

Tiket-tiket konsert yang bernilai dari RM10 kepada RM500 boleh dibeli di PPUM, Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, tingkat bawah SACC Mall Shah Alam, Pasar Malam Bangsar, dan tingkat bawah Tropicana City Mall. Ghauth berkata hanya 1,200 tiket akan dijual untuk konsert ini, dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjuit mengenai tike-tiket itu boleh menghubungi Pusat Sumber kanser Payudara dengan menelefon 03-79493642.




Baca Selanjutnya


Konsert "Beri Kesempatan Hidup" di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) pukul 8 malam pada 6 Mac itu akan dirasmikan oleh Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim," kata Naib Canselor universiti Datuk Dr Ghauth Jasmon pada satu persidangan akhbar semalam.

Beliau berkata dana hasil konsert itu akan digunakan dalam usaha membantu mengurangkan kos rawatan kanser payudara buat pesakit, selain membantu dalam melaksanakan kajian mengenai penyakit kanser payudara.

Katanya kos untuk rawatan pemulihan ketika ini adalah antara RM15,000 dan RM20,000, malah ada yang menjangkau sehingga RM150,000 tiap seorang pesakit, manakala kos bagi meringankan penderitaan boleh menjangkau sehingga dua kali ganda lebih banyak, dan jumlah pesakit yang dirawat oleh pusat perubatan pula meningkat pada kadar lima peratus setiap tahun.

Katanya sejak dana itu dilancarkan pada tahun 2000, ia menerima pembiayaan daripada kerajaan dan tahun lalu dana RM356,759 yang diterima disalurkan kepada 69 pesakit.

"Bagi PPUM jumlah dana ini perlu ditingkatkan segera, dan kami benar-benar berharap orang ramai akan mengambil berat mengenai perkara ini kerana barah payudara adalah penyebab kematian yang kedua paling tinggi bagi kaum wanita ketika ini," katanya.

Post a Comment

0 Comments