Que dan Linda telah memilih tarikh 27 Februari memperkenalkan Ratu


Pasangan suami isteri ini telah memilih tarikh 27 Feb untuk memperkenalkan anak anak mereka "Tengku Ratu Haidar", yang dilahirkan pada 26 oktober 2009.Majlis tersebut berlangsung di Borak Ombak di Ampang.

“Seperti yang dibincangkan, pihak penaja bersetuju dengan idea saya untuk memilih tema tiara (mahkota) dan pepatung dengan konsep warna putih dan emas yang melibatkan elemen tradisional.

“Saya memilih tema tiara sebagai simbolik kepada nama Ratu manakala pepatung pula diambil mengikut tema yang pernah digunakan dalam majlis perkahwinan saya dan Que,”
kata Linda, koreografer terkenal menerusi program realiti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa itu.

Zoom: Ada siapa-siapa yang nak pergi majlis ini tak..kalau pergi ambil la gambar dan "Send" lah ke Zoomartis..Itu pun jika sudi nak bagi..Apa-apa pun apa kata anda mengenai Majlis memperkenalkan anak Que dan Linda Jasmine ini!!?

Dalam masa yang sama, Linda memberitahu dia dan Que menetapkan tarikh majlis cukur jambul Ratu di kampung Que di Felda Taib Andak, Kulai, Johor iaitu pada 6 Februari ini.

Majlis itu akan dilakukan secara tertutup. Linda berkata mereka memilih untuk mengadakan majlis itu di luar Kuala Lumpur atas permintaan ibu Que.

Post a Comment

0 Comments