Semuanya gara-gara sikap cemburu Amar yang tidak dapat menahan marah dan sikap cemburunya ketika sesi fotografi bersama hero filem berkenaan, Nabil di ruang legar panggung iaitu sebelum bermulanya tayangan perdana. Kerana tidak tahan melihat kekasihnya itu bergambar mesra dengan Nabil (atas permintaan jurugambar), maka Ammar dengan tidak berfikir panjang telah menaikkan suaranya terhadap Puteri Sarah di hadapan beberapa jurukamera dan pihak media tempatan.
Si empunya badan pun apa lagi, naik hantulah. Dia pun secara spontan terus meluru bertanya kenapa buah hatinya itu sentap secara tiba-tiba. Yalah, bukankah Ammar perlu faham bahawa Puteri Sarah sedang berkerja, jadi cubalah bersikap profesional sikit. Ammar pula menjawab dengan rasa tak puas hati. Selepas itu berlarutanlah kejadian bertegang leher antara merpati dua sejoli itu sehinggalah mereka sendiri tak perasan bahawa tayangan perdana filem Lu Oikirlah Sendiri sudahpun bermula.
Kalau cemburu sangat, siapa suruh datang ke lokasi? Padahal pengarah filem itu sudah berpesan kepada setiap pelakonnya untuk tidak membawa kekasih ketika tayangan perdana berkenaan diadakan. Lebih kurang sopan lagi, apabila difahamkan sebaik saja selepas tayangan perdana itu selesai kelibat Puteri Sarah dan Ammar sudah tiada lagi. Walhal selepas itu, sidang media filem berkenaan berlangsung dan kehadiran pelakon wanita cantik itu sangat diperlukan.
Tapi sayang seribu kali sayang, Puteri Sarah sudah pulang terlebih awal bersama kekasihnya. Mungkin ini sama ada gara-gara tak mahu menjawab di hadapan pihak media tentang drama swasta yang mereka buat tadi ataupun mahu memujuk antara satu sama lain.
0 Comments