Tizz Zaqyah menafikan beliau minum dan merokok !!!


  • Nampaknya gossip Tizz Zaqyah dah masuk "Paper" hari ini, kisah beliau merokok semasa penggambaran sedang hangat diperkatakan di semua laman sesawang di Malaysia.

    Setahu Nget-Ngot gossip ini ditimbulkan oleh seorang Penulis di laman Forum terkenal di Malaysia, kisah Tizz berlanjutan sehingga hari ini.

    Zoom pun tak tahu siapa benar dan siapa tak, sebab papa dan mamarazi di luar sana ada berjuta-juta.Tetapi gossip yang datang Zoom yakin 70 % betul.

    Apa kata anda mengenai Tizz ini ? Berikut luahan artis Nur kasih ini mengenai Tekanan yang beliau hadapi ketika ini..:-


    "Sebagai seorang manusia sudah tentulah saya ada hati dan perasaan, saya rasa tertekan akhir-akhir ni banyak cerita buruk tentang saya.
    "Saya dilihat sebagai gadis yang liar dan nakal, orang seperti mencari silap saya. Apa yang saya boleh lakukan hanyalah bersabar dan tidak ambil peduli hal tersebut.
    "Saya yakin jika perkara itu tidak benar lama-lama orang akan senyap, jadi saya hanya meneruskan hidup saya seperti biasa," ujarnya.
    Menurut Tiz lagi keluarganya turut memberi sokongan moral dalam menghadapi segala kontroversi ini.
    "Sejak keluar cerita-cerita fasal saya di akhbar, keluarga ada yang bertanya namun mereka semua tahu dan faham situasi saya.
    "Mereka hanya beri kata-kata semangat dan sokongan kepada saya. Saya tahu hidup sebagai artis jadi saya tidak akan cepat melatah," ujarnya.
    Dalam pada itu, dia tidak menafikan segelintir masyarakat yang mahu dirinya menjadi Nur Amina seperti di drama Nur Kasih ketika berada di luar, malah ada yang mahu dia terus membawakan watak-watak perempuan solehah.
  • Post a Comment

    0 Comments