Fasha Sandha tak kisah melakonkan babak panas !!!

Ini pula gossip yang Zoom baca mengenai babak dalam cerita Spa Qistina yang mana Fasha melakonkan watak Frieda.

Watak Frieda memerlukan lakonan si gadis penggoda dan daring,seksi...!! Baca je la komen Fasha kat bawah ni..

Belum pun ia disiarkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) mulai 5 April ini, Isnin, pukul 9 malam, Fasha sendiri sudah merasai impak yang akan diterimanya nanti.



“Saya agak mesti orang melihat watak Frieda lakonan saya dengan persepsi buruk. Saya tak kisah kalau orang mengata yang bukan-bukan kepada saya selepas ini.


“Apa sahaja kata-kata mereka, saya akan terima asalkan saya dan produser berpuas hati dengan lakonan itu,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Maya, Ampang, semalam.


Frieda merupakan seorang pelajar universiti yang bijak dan berlagak baik tetapi sebenarnya mempunyai agenda jahat untuk menghancurkan hidup Qistina termasuk menggoda suami Qistina, Fahmi lakonan Ijoy Azhari. Dia memilih jalan untuk melacur diri untuk membalas dendam.


Segala-galanya tercetus apabila salah seorang ahli keluarga Qistina melakukan kejahatan kepadanya sehingga dia dipulaukan oleh orang kampung.


Tanpa berselindung, Fasha mengaku terdapat beberapa aksi panas yang dilakonkan olehnya sehingga terpaksa mengulang lakon semula disebabkan gagal mengikut kehendak yang diinginkan.



“Saya rasa kekok melakonkan babak-babak panas bagi memenuhi watak Frieda kerana saya takut persepsi masyarakat nanti.


“Boleh dikatakan babak itu agak daring sehingga saya perlu minta kebenaran dengan Abang Ijoy sebab dia sudah berkahwin. Misalnya, apabila saya perlu ulang penggambaran apabila terkurang daring. Saya fikir sebab kerja, jadi akhirnya saya lakukan juga,” jelasnya.


Biarpun apa orang kata, ada yang akan membenci, pelakon filem Anak Halal itu tetap berpegang kepada matlamat asalnya iaitu kerana bekerja dan menghasilkan kualiti lakonan yang boleh dibanggakan.

Post a Comment

0 Comments