Leez Akademi Fantasia 4 suka berteater


Mungkin kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan seterusnya membuatkan artis keluaran Akademi Fantasia 4 ini meminati lakonan teater.
Walaupun mempunyai bakat dalam bidan nyanyian tetapi beliau berani mencungkil bakat dalam bidang lakonan yang semakin mantap.Walaupun pada mulanya Leez tidak mempunyai pengalaman namun apabila niat sudah ke arah bidang yang diminati akhirnya menjadi jua.

Buktinya artis kelahiran Akademi Fantasia 4 ini ditawarkan sekali lagi dalam Teater Teratak Minang yang akan dipentaskan.Ikuti luahan anak gadis ini :-

"Walaupun berlakon teater lebih memenatkan dari teater namun saya rasa hidup lebih teratur. Displin di teater dan masa etlah ditetapkan iaiatu masa berlatih, masa persembahan dan sebagainya. Kalau penggambaran sesebuah drama selalunya mengambil masa yang agak lama sampai ke malam dan tidak tentu,"
jelasnya yang kini lenih selesa berlakon teater.

Dalam pada itu juga Leez menyifatkan sebagai satu bonus kepadanya kerana dapat berlakon dengan orang-orang lama dalam bidang ini.


"Pada mulanya saya berasa agak takut-takut tapi setelah kenal dengan mereka saya rasa sangat bertuah. Mereka banyak beri tunjuk ajar dan tips kepada saya untuk melakonkan sesuatu watak," jelanya yang turut bersama pelakon vateren Datin Rosnani Jamil, Razali Buyong dan Ally Noor.

Post a Comment

0 Comments