Linda enggan beri kerjasama kepada seniman


Boleh tahan juga Linda ni, dah satu Malaysia tahu gossip beliau dengan bekas kekasih.Sehinggalah Fahrin ingin berdamai pun beliau buat bodo je.Zoom pun malas nak komen banyak-banyak sebab tidak tahu kisah dari A-Z.Apa pun baca je la komen Abang Harun kita ni mengenai Linda Onn !!

INFO: Mstar
Fahrin Ahmad dan penyampai radio, Linda Onn masih belum berkesudahan dengan kemelut isu pelakon dan duta produk. Baru-baru ini seniman pula cuba menawarkan diri untuk menjadi orang tengah menyelesaikan kes tersebut.


Namun menurut presiden Seniman, Harun Salim Bachik, usaha untuk menyelasaikan masalah dua selebriti ini menemui jalan buntu apabila Linda tidak memberikan sebarang reaksi.

"Kami rasa terpanggil untuk berusaha menjernihkan atau menyelesaikan masalah selebriti ini dengan cara yang lebih baik. Fahrin ada meminta nasihat dan pandangan dari Seniman dan sebagai organisasi yang membela nasib anak seni memang wajar seniman campur tangan untuk mengelakkan perkara yang buruk terjadi di kalangan artis.

Menurut Harun lagi usaha untuk hubungi Linda tidak berhasil dan menyukarkan usaha Seniman dalam membantu permasalahan itu.

"Dua minggu lalu, kami telah bagi surat dan cuba hubungi Linda dengan pelbagai cara, namun sehingga sekarang masih tiada apa-apa respon dari dia. Saya rasa Linda sendiri tak mahu beri kerjasama. Jika bertepuk sebelah tangan tak menjadi juga, kami pun tak mahu seperti terhegeh-hegeh," ujarnya.

Dalam pada itu, Harun turut menasihatkan artis-artis agar menghormati Seniman sebagai sebuah keluarga besar.

"Dua-dua adalah dari kalangan selebriti, jadi Seniman rasa wajar untuk bantu mereka. Kami rasa masalah ini sedikit sebanyak di bawah tanggungjawab kami Seniman yang juga dianggap sebagai sebuah keluarga besar artis,"

Post a Comment

0 Comments