Lisa Surihani merokok dalam V3 Samseng Jalanan

Jika di dalam filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak' dia diperlukan untuk bermain dengan ular, untuk watak antagonis keduanya sebagai Kamsah di dalam 'V3 Samseng Jalanan', Lisa Surihani diperlukan untuk berlawan dan merokok. Pertama kali melihat Lisa di dalam filem arahan sulung Farid Kamil, terkejut seketika dengan imejnya yang bengis dan garang. Berbeza sekali dengan kebanyakan watak yang telah dibawanya sehingga kini, yang majoritinya lebih menjurus kepada karektor yang manis dan sopan.

Bagi adegan merokoknya, mungkin sukar bagi sesiapa untuk mempercayai Lisa bukan seorang perokok dalam kehidupan sebenar kerana gayanya betul-betul seperti seorang perokok. Tapi itulah kehebatan seorang pelakon yang bagus, mampu membuat penonton mempercayai apa saja. Awalnya, tidak tertulis di dalam skrip bahawa Kamsah seorang perokok. Tetapi sewaktu penggambaran, kerana merasakan watak itu akan lebih berkesan jika dilihat merokok, Farid telah mencadangkannya kepada Lisa.

Tidak berkongsi tabiat yang sama seperti wataknya, tambah Lisa lagi,dia yakin penonton yang bakal menonton 'V3 Samseng Jalanan' nanti akan pandai menilai di antara watak lakonan dan peribadinya yang sebenar.

Post a Comment

0 Comments