Rosyam nafi monopoli rancangan RTM !!!

Pengarah Urusan di Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd dan sebagai pelakon ini sudah tidak asing lagi bagi pengiat dan penonton di luar sana.Tanpa kelibat beliau di arena industri kita pastinya tidak akan meriah.Namun ada pihak yang tidak suka akan peningkatan yang ketara pemilihan drama atau slot di RTM.


Tidak dinafikan Slot yang ada di RTM pastinya akan menampilkan abang Rosyam kita ini samada secara langsung atau tak.



Walaupun berjaya menghasilkan drama-drama yang berkualiti dan mampu menarik penonton, timbul pula desas desus mengatakan syarikatnya menerima banyak slot rancangan daripada RTM. Namun ketika dihubungi Rosyam tidak mudah melatah sebaliknya menegaskan bahawa syarikatnya hanya mendapat satu slot telenovela sebanyak 40 episod.

“Saya hanya mendapat satu slot daripada RTM, telenovela 40 episod untuk sejam dan jumlah keseluruhannya 40 jam. Untuk mendapatkan slot rancangan di RTM, semua penerbit akan dipanggil untuk datang pitching dan daripada pembentangan itu, mereka akan pilih rancangan yang sesuai mengikut siaran TV1 atau TV2,” kata bapa kepada lima orang anak itu.
Menurut pelakon filem Libas ini, setiap penerbit atau syarikat pembekal rancangan akan diberi peluang untuk pitching dengan pelbagai genre rancangan dalam tempoh masa pembentangan yang hanya 10-12 minit.

“Semasa pitching, kita mesti tahu mengolah cerita berdasarkan kertas cadangan yang dihantar itu dalam masa yang ditetapkan. Saya rasa tanggapan orang di luar sana mengatakan saya memperolehi banyak slot itu adalah salah, proses yang dijalankan oleh pihak RTM adalah berdasarkan kesesuaian rancangan dan memenuhi kriteria yang diperlukan mereka.

“Saya sendiri pergi pitching untuk 40 buah rancangan, tapi saya hanya dapat satu slot telenovela sahaja. Pihak RTM juga turut memberi peluang kepada syarikat pembekal lain, dan semua itu adalah dilakukan dengan pemilihan tanpa melihatkan kepada perkara lain,” kata pelakon filem Estet itu.
Sementara itu, Rosyam yang turut mengakui pengalaman bekerjasama selama 13 tahun dengan pihak RTM membuatkan syarikatnya diberikan kepercayaan untuk menerbitkan drama untuk dibekalkan kepada stesen tersebut.

“Mungkin saya mempunyai pengalaman menerbitkan beberapa buah drama di RTM, dan itu membuatkan pihak RTM merasakan saya antara individu yang memenuhi kriteria tersebut. Ramai penerbit hanya memfokuskan kepada drama, telemovie, rancangan majalah dan dokumentari, mungkin mereka terlepas pandang dengan slot telenovela. Mungkin itu rezeki saya. Tapi pernah juga saya tidak mendapat apa-apa slot rancangan untuk dibekalkan kepada RTM,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments