Jamal Abdilah mahu mencari calon isteri

Tiga tahun hidup menduda, penyanyi bersuara jantan, Jamal Abdillah, 51, mengakui hidupnya terasa sunyi. Walaupun pernah beberapa kali gagal dalam melayari kehidupan berumah tangga, namun penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kekasih Awaldan Akhir’ ini tidak pernah menutup hatinya untuk menerima kehadiran wanita sebagai suri hidupnya. Malah, Jamal mengakui kini dia sedia untuk berumah tangga lagi dan sedang mencari calon yang sesuai.

“Saya tahu, bukan mudah untuk seseorang menerima diri saya. Mungkin kerana latar belakang saya sebelum ini ditambah saya mempunyai dua orang anak. Tapi ia tidak mematahkan semangat saya. Saya tahu Tuhan akan sentiasa membantu orang yang selalu berdoa. Biarpun segala-galanya di tangan yang Maha Esa, tapi saya mahukan yang terbaik untuk diri saya memandangkan usia yang semakin meningkat. Orang cakap biarlah wanita itu memenuhi kriteria-kriteria sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran,” katanya
Sekiranya, tertulis jodohnya dengan sesiapa kelak, Jamal, bertekad untuk menjadi suami yang lebih baik agar sejarah lama tidak lagi berulang. Lagi pun Jamal dah berusia, bukan masa untuk bercinta dan putus lagi. Apa yang paling penting wanita itu boleh menerima anak-anak Jamal. -SinarHarian

Post a Comment

0 Comments