Surat Ringkas Terbuka Buat Sharifah Amani & Kekasih Hati


Bukanlah surat sangat pun, tetapi lebih kepada suara prihatin kami terhadap aktress comel kesayangan kami, Sharifah Amani.

2,3 hari lepas, ada beberapa media elektronik & media cetak menulis tentang aksi mesra pasangan aktress ini bersama teman lelaki kesayangan, Gavin Stenthouse.

Tulisan pertama yang kami baca bercerita tentang Sharifah Amani yang tidak segan silu beraksi mesra berpelukan bersama teman lelaki di’hadapan ibu bapa.

Kami tahu ibu bapa anda tidak kisah, kami tahu ibu bapa anda sporting kerana sebelum ini pun, kisah yang sama terjadi kepada Sharifah Aleya.

Malam tadi, selepas berlangsungnya ABPBH 2009/20, sebuah media elektronik menulis sekali lagi tentang kemesraan luar biasa pasangan kekasih ini.

Jika media bercerita tentang Bung Mokhtar & Zizie Ezzete atau Datuk K & Siti Nurhaliza, kami tidak peduli sangat kerana mereka sudah berkahwin lama.

Tidak molek rasanya kalau aktress yang agak melekat dengan imej filem artistik ala 1Malaysia ini mengikut gaya hidup teman lelaki beliau.

Mungkin ada yang kata biarlah apa yang beliau buat, asal mereka bahagia & tidak kacau orang lain. Benar, tetapi biarlah Sharifah Amani menjadi penamat kepada imej ‘keluarga tidak kisah’ ini.

Jika Sharifah Amani & teman lelaki berterusan begini, biar pun mereka berakhir dengan perkahwinan, tidak mustahil kisah yang sama akan berulang dengan Sharifah Aryana.

Post a Comment

0 Comments