Hafiz, Yuna, Faizal Tahir, Hujan, Adibah Noor Dan Shahir Ke Top 6 Anugerah Juara Lagu

keputusan separuh akhir muzik-muzik

Kami tak layan pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik sebentar tadi sebab termelekat tengok filem 6 Jahanam Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tapi kami masih mahu updatekan keputusan mereka-mereka yang layak ke Top 6 untuk Anugerah Juara Lagu ke 25 kelak. Untuk separuh akhir pertama, top 6 yang layak ialah:-

1. Hafiz – Noktah Cinta
2. Hujan – Mencari Konklusi
3. Yuna – Cinta Sempurna
4. Adibah Noor – Sejujur Hatimu
5. Faizal Tahir – Hanyut
6. Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Dengar ceritanya Adibah Noor memang memukau semasa membuat persembahan. Terasa rugi pulak tak tengok tadi. Apa komen anda yang melayan pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik tadi? Top 6 ini benar-benar layak atau sekadar gah pada nama sahaja?

Post a Comment

0 Comments