Jawapan Arwah Din Beramboi

arwah din beramboi

Sesungguhnya arwah Din Beramboi memang lawak. Walaupun ada sesetengah orang tak dapat terima lawak kasar arwah, tapi bagi kami lawak arwah antara yang terbaik. Ini adalah jawapan arwah Din Beramboi di hari kedua beliau bekerja dengan Era.

Kredit kepada Murai untuk info dam gambar. Al Fatihah.

Apakah yang akan anda ucapkan sekiranya diberi peluang berucap pada perhimpunan sekolah lamaanda?
Tak berminat untuk berucap walaupun berbayar (Tapi, saya ingin ke sekolah semula untuk memulangkan buku pinjaman sekolah yang terlupa nak dikembalikan tu!)

Kekecewaan masa lampau yang telah anda atasi ialah…
Dapat berduet dalam satu album bersama penyanyi pujaan.

Perkara paling nakal yang pernah anda lakukan di sekolah dulu…
Makan nasi lemak di bawah meja dengan kawan. Sedap betul, walaupun bawah meja yang sempit! Emak kawan saya tu pandai betullah masak nasi lemak!

Buku cerita/novel apakah yang MESTI remaja baca sebelum meningkat dewasa?

Siri bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis

Siapakah superhero yang menjadi idola anda sewaktu zaman kanak-kanak dulu?
Faizal Tahir! Ha! Ha! Ha!

Sekiranya anda tidak bekerja di konti radio, apakah pekerjaan lain yang mungkin anda lakukan?
Pengurus besar AMP, itupun kalau Kudsia Kahar atau Jakeman dah pencenlah..mana boleh lawan tokei!


sumber:beautifulnara

Post a Comment

0 Comments