Aliah Lee Keguguran 2 Kali Tahun 2010

aliah lee keguguran

Sedih sungguh mendengar berita Aliah Lee keguguran 2 kali tahun lalu setelah berkahwin untuk kali kedua dengan Mohamed Zekri Ibrahim. Nampaknya masih tak ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata bersama suami baru. Sebelum ini, Aliah Lee sudah pun mempunyai anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Aziz M. Osman.

Saya dan suami memang nak anak sangat tapi sayangnya tahun lalu, saya mengalami dua kali keguguran. Mungkin tak ada rezeki lagi kot. Jadi mahu tak mahu, kami terpaksa terima keadaan itu dengan seadanya. Lagipun, usia kami pun dan meningkat. Jadi, rasanya tak sesuai kot memiliki anak pada usia yang macam ni. Apapun, kami bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan terhadap kami sebelum ini. Saya ada lima anak hasil perkahwinan lalu dan suami juga ada dua orang anak. Jadi biarlah tumpuan kami kini hanya pada anak-anak yang sedang membesar ini.

Abang Nara pun ada dengar-dengar jugak yang perempuan tak elok sangat mengandung kalau umur dah 40-an. Katanya rahim dah tak kuat sangat. Tak tahulah betul ke tidak teori ini. Mungkin pembaca BeautifulNara yang perempuan boleh terangkan kepada Abang Nara yang tak berapa pandai ini. Untuk pengetahuan, Aliah Lee kini berusia 38 tahun.

Oh ye, ingat tak satu ketika dahulu Aliah Lee pernah on off bertudung? Cuba baca penjelasannya daripadanya dan harap dapat memahami.

Saya memakai semula tudung tahun lalu selepas berkahwin. Bukannya disuruh oleh suami atau sesiapa tapi dengan kerelaan saya sendiri. Saya mengaku selepas bercerai dengan bekas suami pertama, saya memberontak. Jadi saya tak bertudung tapi akibatnya saya yang rugi malah saya tahu impaknya. Sekarang saya dah kembali tenang. Saya juga turut berbincang dengan suami tentang perkara itu dan akhirnya dengan rela hati saya memakai semula.

Semoga Aliah dan suami keduanya akan tenang selalu dengan perkahwinan ini. Kalau ada rezeki bab-bab anak, jangan ditolak. Jaga elok-elok supaya tak gugur kali ketiga. Sumber berita dari Murai.

Post a Comment

0 Comments