Nasha Aziz Dirompak

nasha aziz kena rompak

Malaysia sememangnya bukan sebuah negara yang selamat. Dengan kebanjiran pendatang-pendatang asing, tiap-tiap hari kita dengar kes ragut, kes rompak dan kes rogol. Berleluasa sana sini. Sampai kadang-kadang takut nak berjalan ke mana-mana. Terbaru Nasha Aziz kerugian kira-kira RM40,000 apabila dirompak semasa berhenti di traffic light.

Nasha Aziz dirompak selepas mengeluarkan duit di sebuah bank. Masa tengah berhenti di traffic light, tiba-tiba datang sebiji motor EX5 yang ditunggang 2 orang. Baik punya dia berhenti sebelah kereta Naza Ria Nasha Aziz dan pemboncengnya pecahkan cermin kereta dan ambil beg tangan yang ada di riba Nasha Aziz. Seram tak seram la kan?

Selalunya memang ada mereka-mereka (si penyamun) yang duduk mengushar orang yang pergi keluarkan duit. Sebab itu kena berhati-hati lepas keluarkan duit. Tengok kiri kanan kalau ada orang yang mencurigakan. Oh ye, perompak Nasha Aziz ini disyaki orang Indonesia. Memang celaka sungguh mereka ini. Dah la menumpang di negara kita, sedap-sedap pulak merompak.

Sebab itu kalau time tengah-tengah malam, Abang Nara akan langgar jer traffic light merah kat area rumah nie. Seram beb nak berhenti lama-lama. Mak Abang Nara pun pernah tengok kejadian rompakan di traffic light. Perompak-perompak nie memang hati kering. So kalau boleh lepas nie kita semua beli tingkap yang kebal daripada dipecahkan.

Apa pun, takziah kepada Nasha Aziz. Banyak tue RM40,000. Dan kepada anda semua, berhati-hati di jalan raya. Jangan jadi mangsa ragut ataupun mangsa rompakan. Kalau bawak keluar duit banyak-banyak, pastikan ada ke tak orang ikut masa kita tengah drive. Kadang-kadang ada perompak yang lagi jahat sampai diorang pancitkan tayar kereta. Kesimpulannya, berhati-hatilah.



sumber:beautifulnara

Post a Comment

0 Comments