Zul Huzaimy Dan Isteri Cerai Talak Dua Sejak 1 Julai 2010

zul huzaimy

Terkejut Abang Nara mendengar pengakuan isteri Zul Huzaimy yang mengesahkan mereka berdua sudah bercerai sejak 1 Julai 2010. Takziah diucapkan kepada pasangan suami isteri ini. Penceraian mereka telah didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Perkahwinan mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 5 tahun. Kata bekas isteri Zul Huzaimy:-

Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi. Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku

Dan Abang Nara sangat-sangat terharu mendengar kata-kata bekas isteri Zul Huzaimy:-

Kami tak mahu membawa isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta sehingga ke mahkamah kerana ia akan jadi lebih rumit. Tentang nafkah pula, saya tidak kisah jika Zul mahu beri ataupun tidak. Rumah yang diduduki kami sebelum ini pula berkemungkinan akan dijual. Kami dah tidak ada kaitan suami isteri lagi dan hanya akan bercakap tentang hal anak sahaja. Lagipun saya ada dengar cerita yang dia sudah pun ada seseorang. Apa pun, saya mendoakan kebahagian diri serta kerjayanya

Takziah Abang Nara ucapkan atas berita ini. Semoga Zul Huzaimy, bekas isteri dan anak mereka tabah menghadapinya. Sumber berita Mstar.


sumber:beautifulnara


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments