Gambar Fesyen Rekaan Siti Nurhaliza dari Rizman Ruzaini di Anugerah Bintang Popular 2010
Nah, walaupun Budiey tak sempat nak ambil gambar penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza… tapi nasib baik Rizman Ruzaini yang tolong titipkan beberapa keping gambar cun melecun semuanya. Semalam, bukan main ramai peminat Siti Nurhaliza tanya pada Budiey bila nak upload gambar Siti. Budiey tak nak jawab banyak sebab memang satu keping pun takde dalam kad memori kamera.
Untuk ABP kali ini, Dato’ Siti Nurhaliza menggunakan khidmat Rizman Ruzaini untuk digayakan semasa acara red carpet dan persembahan. Kedua-duanya berkonsepkan elegan kontemporari klasik menggunakan warna asas hitam dengan perincian kristal serta merah.
Semua foto harus dikreditkan kepada Rizman Ruzaini. Terima kasih.
sumber:budiey______________________________________________________
0 Comments