Syabas dan tahniah buat pengasas DNA (bukan Dynas & Awal ya, hahaha, DNA kat sini ialah Dynas Nursing Attire) yang telah membuka butik baru di eCurve, Mutiara Damansara jam 2 petang tadi. Memang meriah sekali dengan kehadiran ramai selebriti yang cun-cun dan masih bergetah walaupun mereka ni bergelar ibu. Camna la diorang ni jaga badan kan?
Menurut Dynas, pakaian dari DNA ni kiranya sangat kasual konsepnya. Sesuai untuk kaum ibu & isteri yang mengandung dan pada masa yang sama terpaksa bekerja di ofis. Jadi formal wear turut boleh didapati di DNA. Bukan itu sahaja, kalau nak beli baju kurung, jubah pun ada juga. Mahu beli sepasang dan satu set dengan anak pun ada. Memang cun! Contoh tengok sendiri baju yang dipakai oleh Dynas & Khyra ni. Sangat selesa dan trendy. Kepada anda yang nak datang tengok dan beli, bolehlah kunjungi K-F3-D, 1st Floor, The Curve, Mutiara Damansara.
Jam 2 petang, Dynas muncul dengan pakaian DNA terbaru berwarna hijau daun pucuk pisang. Kira satu setlah dengan baju yang dikenakan pada anak perempuannya, Khyra. Comel je Khyra ni kan?
______________________________________________________
0 Comments