Wan Sharmila Menangis Taknak Terjun Sungai & Kaki Berdarah Pijak Gula Batu


“Sijundai” - drama bersiri 20 episod ini bermula petang ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00petang. Dalam drama ini, Wan Sharmila memegang watak sebagai Sarah, seorang penuntut di sebuah institusi seni.

“Sarah seorang yang baik dan sentiasa berfikiran positif. Dia memang minat menari sejak dari kecil lagi dan bakatnya itu telah diturunkan oleh ibunya sendiri. Ini kali pertama saya membawa watak pelik,” ujar Wan ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama “Sijundai” di Restoran Bora Ombak, baru-baru ini.

“Saya tak pernah berlakon dalam cerita macam ini. Cabaran saya dalam drama ini ialah perlu menari sambil kena rasuk. Ada satu babak, ketika saya menari dan dirasuk, saya kena pijak atas kaca. Kaki saya sampai berdarah walaupun kaca yang digunakan adalah dari gula batu.

“Susah nak bawa watak ini sebab saya tak pernah dirasuk. Agak susah juga nak seimbangkan tarian dan dirasuk, penat sangat. Bukan setakat itu saja, saya juga kena terjun sungai untuk adegan dirasuk. Saya menangis betul-betul sebab tak nak terjun sungai. Saya bukan tak pandai berenang, tapi saya takut pada ketinggian dan tak pandai terjun,” jelas Wan berkongsi mengenai cabaran wataknya.


sumber : gua.com.my

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments