Bersama Aisyah sebagai duta produk Litchin De Bella

Baru- baru ini, team Oh! Artis telah di jemput ke majlis Grand Hi Tea De Bella yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC. Majlis yang julung kali diadakan untuk menyambut Hari Ibu Sedunia ini telah diraikan bersama 1300 tetamu yang terdiri dari Stokis, Pusat Servis, Trader dan ahli-ahli Debella dari seluruh negara.

Majlis yang julung kali diadakan ini telah di hiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang mendedahkan kepada tetamu bahawa pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kegemukan dan obesiti yang semakin membimbangkan di Malaysia kini. Aktiviti dijalankan bersesuaian dengan produk Litchin Debella yang kini mendapat sambutan terhangat di pasaran sebagai produk yang mampu mengatasi masalah kegemukan dan obesiti secara semulajadi.

Bertemakan warna krim dan coklat pada petang itu, suasana dewan gamat dengan usikan dan jenaka bersahaja penyanyi Aishah yang cukup terkenal dengan lagu Janji Manismu suatu ketika dulu, yang kini telah dilantik sebagai Duta Litchin De Bella. Dengan vokal beliau yang masih seperti dulu, kami terbuai dengan lagu-lagu hit beliau yang tak lapuk dek zaman antaranya seperti Kau yang Istimewa, Tiada Lagi Tangisan, Cinta Beralih Arah, Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu.


Penampilan Aishah yang benar-benar berubah sejak kali terakhir kami bertemunya

Usai saja majlis pada petang tersebut, kami tidak melepaskan peluang untuk menemubual penyanyi yang kelihatan semakin cantik dan langsing selepas dipilih menjadi Duta produk Litchin ini. Mari kita korek rahsia Aishah dan Litchin’nya.

Oh!Artis : Assalamualaikum Aishah, apa khabar?
Aishah:
Waalaikumsalam. Alhamdulillah,sihat.

Oh!Artis: Sebenarnya dah lama Oh!Artis perhatikan, Aishah makin lama semakin langsing dan cantik. Rahsianya tentulah Litchin, kan? Boleh ceritakan bagaimana Aishah dipilih sebagai Duta
Litchin ini?
Aishah:
Sebenarnya, saya bersyukur sangat kerana rasanya sayalah satu-satunya duta yang
dipilih sebelum saya menggunakan sendiri produk ini. Jadi, apabila Pengarah Urusan De Bella, Puan Puziah memilih saya sebagai duta, saya rasakan betapa confidentnya pihak De Bella dengan Litchin ini apabila tidak teragak-agak melantik saya sebelum saya mencubanya sendiri dan pihak Debella sendiri begitu confident yang dutanya akan berjaya menurunkan berat badan.

Oh!Artis: Apa yang buat Aishah sendiri tertarik untuk mencuba produk ini?
Aishah:
Okay, sebenarnya saya agak skeptical dengan produk Litchin ini kerana sebelum ini
pun bermacam produk saya dah cuba untuk langsing dan dulu-dulu pun saya pernah cuba ubat doktor. Jadi, apabila dah bertahun-tahun dengan pelbagai ubat dan produk, sistem dalam tubuh badan ini sendiri telah menyukarkan saya untuk menurunkan berat badan. Jadi apabila dipilih sebagai duta sebelum saya sendiri mencubanya, saya jadi confident yang ini adalah satu indication atau bukti bahawa Litchin adalah produk yang bagus dan boleh dipercayai.

Oh!Artis: Pengalaman Aishah sendiri dalam proses pelangsingan menggunakan produk ini?
Aishah:
Alhamdulillah, walaupun pada peringkat awal penurunannya agak perlahan, yelah, masa peringkat awal menggunakan Litchin ni, ada kesilapan dalam cara pengambilan produk ini kerana banyak perkara yang saya kurang arif. Tetapi atas tunjuk ajar Puan Puziah tentang cara pengambilan produk ini dengan betul, berapa banyak air yang saya perlu minum, makanan yang saya perlu elak seperti kafein, penurunannya jadi lebih cepat walaupun sepatutnya dalam usia saya ini, kadar metabolisma agak rendah. Bila kadar metabolisma rendah, penurunan sepatutnya agak lambat. Tetapi dengan Litchin ni, umur yang lebih berusia dari saya pun boleh mendapat penurunan yang efektif.

Oh!Artis: Apa yang best tentang Litchin ni?
Aishah:
Proses pelangsingannya yang semulajadi. Saya tak perlu berlapar atau berdiet. Makan seperti biasa cuma elakkan makanan berkalori tinggi biasanya yang berminyak, bergoreng dan berlemak. Saya cuma perlu minum air mengikut berapa banyak air yang diperlukan untuk tubuh saya kerana air juga adalah agen yang membantu mempercepatkan proses pelangsingan dan menyihatkan tubuh kita. Sebenarnya apabila kita kerap buang air kecil, berat badan kita pun boleh turun sebanyak 1 hingga 2 kilogram.

Sekarang ni pun saya rasa teruja untuk mencuba semula pakaian-pakaian masa dalam fanclub dulu dan saya rasa kalau dapat, itu satu achievement buat saya dan tentunya akan meningkatkan lebih keyakinan dalam diri saya. Sekarang ni bila dah langsing rasa lebih seronok sebab boleh pergi shopping, baju dah siap tak perlu tempah-tempah lagi dan boleh lebih aktif dengan anak-anak.

Paling mustahak bila dah langsing, nak beribadah pun lebih mudah. Kalau dulu bila badan terlalu
berat, nak solat kena duduk, lutut pun tak larat nak bawak badan. Jadi syukurlah, sekarang urusan ibadah lebih sempurna.

Oh!Artis: Selain menjadi duta produk, apakah perkembangan terbaru Aishah dalam bidang
seni?
Aishah:
Saya masih lagi aktif dengan show di sana-sini dan merancang untuk merakam album
pop terbaru dan membuat touring promotion untuk album tersebut.

Oh!Artis: Apakah pesanan Aishah kepada mereka yang mengalami masalah berat badan dan
mungkin sudah giveup untuk mencuba produk pelangsingan yang sedia ada di Malaysia ni?
Aishah:
Rasanya semua wanita inginkan tubuh badan yang langsing dan menarik. Jadi bagi
mereka yang mungkin ada rasa putus asa untuk cuba produk pelangsingan, apa kata anda cuba Litchin. Ia terbukti berkesan dan selamat pada penggunanya kerana bahan-bahan di dalamnya hanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Tak perlu berlapar atau berdiet dengan Litchin. Kalau ikut aturan yang betul, 3 hingga 7 kilogram boleh turun dalam masa 10 hari. Saya sendiri dah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19 kilogram dan Alhamdulillah, dengan Litchin kita bukan saja langsing tetapi tubuh jadi lebih sihat secara menyeluruh.

Kepada pembaca Oh! Artis yang berminat untuk mencuba produk ini hasil dari temuramah kami dengan Aishah, bolehlah ruju mMaklumat lanjut mengenai Litchin Debella, di www.debella.com.my, Facebook mereka (Litchin Debella) atau hubungi 03-92835816


sumber:Oh! Artis.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments