Datuk Siti Nurhaliza Hasil Album Inggeris Diterbit Anak Tirinya, Adib Khalid


SETELAH berjaya menghasilkan beberapa album hit terbaik sebelum ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza masih mempunyai cita-cita peribadi yang terpendam.

Ternyata kejayaan album-albumnya sebelum ini yang telah menaikkan namanya sebagai penyanyi hebat di rantau ini belum cukup memberi kepuasan.

Penyanyi terkenal itu punya cita-cita untuk menawan negara luar, selain Indonesia, Singapura dan Brunei dengan mengeluarkan album bahasa Inggeris pertama yang dijadual berada di pasaran bermula 9 September nanti.

Apa yang menarik, album yang diberi judul All You Love ini telah diterbitkan sendiri oleh anak tirinya, Adib Khalid melalui syarikat produksinya What‘s Up Entertainment.

Siti mengambil langkah yang berani dengan merealisasikan cita-citanya untuk menghasilkan album sulung Inggeris ini dengan memilih lagu yang berjudul Falling In Love sebagai single pertama album tersebut.

Menurut Siti, lagu Falling In Love mempunyai elemen muzik eurodance yang segar yang turut disuntik dengan elemen muzik flamenco Sepanyol yang mempunyai jiwa Eropah yang kuat.

“Irama, muzik serta baladanya cukup berbeza, lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ibarat lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Beyonce dan Mariah Carey.

“Namun bezanya Siti menyanyikannya dengan cara siti. Impian Siti selama ini untuk menghasilkan album Inggeris telah pun tercapai,” ujar penyanyi itu ketika ditemui di set penggambaran iklan produk SimplySiti di Kajang, Selangor baru-baru ini yang turut disertai Adib dan suami penyanyi itu, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Tambah Siti, kerjasama yang terjalin bersama anak tirinya itu adalah satu perkara dan pengalaman baru yang amat disukainya.

“Sepanjang rakaman album ini, Siti dan Adib tidak mengalami apa-apa masalah.Segala kerja dan urusan kami semua berjalan dengan lancar.

“Siti turut mencabar diri Siti sendiri untuk menghasilkan album ini dengan sebaik mungkin, dan suami Siti sendiri turut memberikan sokongannya dalam penghasilan album terbaru ini,” katanya.

Ditanya berkenaan penguasaannya dalam bahasa Inggeris, katanya, perkara tersebut bukannya satu masalah yang besar dalam penghasilan album ini.

“Ya, ada yang berkata tentang penguasaan bahasa Inggeris Siti. Sebelum ini Siti dilahirkan dengan persekitaran biasa dan bukannya dalam persekitaran yang perlu bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

“Apa yang paling penting adalah sebutan Inggeris yang betul. Siti adalah Siti, tidak perlu untuk menyanyi dengan gaya terlalu Inggeris dan meniru gaya orang lain,” tambahnya.

Dalam pada itu, menurut Adib sendiri, kerjasama antara dia dan ibu tirinya itu memang tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang proses rakaman album tersebut.

Tambahnya juga, pengalaman menjayakan proses rakaman album ini membuatkan dia sendiri begitu teruja bekerjasama dengan penyanyi tersohor itu.

“Dia begitu rajin dan seorang yang kuat berusaha. Dia memberikan komitmennya sebanyak seratus peratus dalam menjayakan penerbitan album ini.

“Biasanya album Melayu yang dihasilkan sebelum ini pasarannya tidaklah seluas mana jika dibandingkan dengan album Inggeris. Kali ini dengan penghasilan album All You Love, kita boleh pasarkannya secara lebih meluas lagi.

“Album ini turut dihasilkan seorang penerbit serta rakan saya dari Australia, Bryan B. Ia turut menampilkan seorang lagi pencipta lagu terkenal dari Amerika Syarikat (AS) yang pernah memenangi anugerah Grammy, Richard Fureh,” ujar Adib. - Utusan Malaysia

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments