ROCK THE YOUTH

Tempat: Kompleks 3K, Jalan SS13/1, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
Tarikh: 23 Julai 2011, Sabtu
Masa: 10 pagi – 12 tengah malam

ROCK THE YOUTH merupakan inisiatif Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor atau Gen-S dengan kerjasama Komuniti Frinjan sempena Hari Belia Antarabangsa.

Tujuan Festival Anak Muda 2011 ROCK THE YOUTH ini diadakan adalah untuk menarik anak muda untuk berhibur sambil memupuk kesedaran terhadap isu-isu sosial dan politik melalui program persembahan, bengkel, forum dan gerai-gerai NGO di Pesta NGO. Selain itu juga, dapat mempromosikan pendaftaran pengundi dan kepentingan untuk mengundi kepada anak muda.

rock-the-youth_banner rss

Barisan pemuzik:

  1. Akta Angkasa
  2. Amirah Ali
  3. An Honest Mistake
  4. Beeha
  5. Ben’s Bitches
  6. Couple
  7. Diandra Arjunaidi
  8. Goodbye 20th Century!
  9. Harmacy
  10. Instake
  11. Keladak
  12. Khottal
  13. Liyana Fizi
  14. Massacre Conspiracy
  15. Monologue
  16. Once Upon A Time There Was A Sausage Named Bob
  17. Orkes Rakyat Tertindas
  18. Partimelovers
  19. Seconds To Collide
  20. Society
  21. Space Gambus Experiment
  22. The Fridays
  23. The Maharajah Commission
  24. Tilu
  25. Wani Ardy

Antara Program Yang Bakal Berlangsung:

  1. Konsert muzik
  2. Sidang Anak Muda
  3. Pesta NGO
  4. Bengkel oleh NGO
  5. Bazar anak muda
  6. Pasar buku
  7. Filem pendek
  8. Pendaftaran pengundi

Frinjan

Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata ‘Frinjan’ diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, ‘fringe’. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial. Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.

rocktheyouth_poster2


sumber:budiey


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments