Raya tahun ini, Datuk Siti atau lebih mesra dengan panggilan Siti, amat teruja untuk menyambutnya di kediaman suami tercinta di Permatang Pasir, Kedah bersama anak-anak suaminya.
“Saya sangat terharu dan bersyukur dengan segala nikmat tuhan. Tahun ini, saya
menyambut lebaran bersama keluarga yang besar. Kami menyambutnya di kediaman suami.
“Inilah momen paling indah dalam hidup saya. Beraya
bersama suami dan anak-anak adalah perkara paling membahagiakan. Merekalah penyeri hidup saya,” katanya manis dengan busana warna
ungu violet.
Persiapan Hari Raya:
“Alhamdulillah, saya sudah siapkan pakaian dan biskut raya sebelum berangkat lagi. Saya tidak mahu kelam kabut masa
pulang nanti.
“Mengenai pakaian pula, saya hanya sediakan dua pasang baju baru dan selebihnya baju sedia ada yang saya pakai sewaktu buat persembahan. Sayang pula,pakai hanya sekali sahaja. Jadi lebih baik saya pakai waktu lebaran ini, taklah membazir.
“Macam juadah tu pula, pulang baru saya buat, Menu utama kami sudah semestinya rendang
dan ketupat palas.
”Ini sudah menjadi tradisi kami kalau beraya di Kedah. Saya beruntung kerana ibu mertua tinggal bersama, Jadi segala
persiapan raya lebih mudah dan teratur. Kami boleh berbincang mengenai menu-menu yang akan disediakan.
sumber:diari artis
0 Comments