Fizo Omar & Serunding!


Bila masuk bulan Ramadhan ramai selebriti yang mengambil peluang untuk berniaga bagi mencari duit lebih. Tidak terkecuali, pelakon kacak kelahiran Kelantan, Fizo Omar yang sibuk menguruskan perniagaan serundingnya.

Menurut Fizo, dia menjual serunding yang selama ini menjadi resepi turun temurun keluarganya. Fizo yang membuka gerai dihadapan pusat membeli-belah Kompleks Pertama memberi nama serunding sempena dengan namanya sendiri "Serunding Fizo Omar".

Tidak hanya memikirkan keuntungan, menurut Fizo dia turut menyalurkan sumbangan RM2 melalui setiap 1 kilogram serunding yang terjual kepada anak-anak yatim.

"Sebenarnya perniagaan serunding ni dah lama saya buat, cuma tahun-tahun lepas saya tidak membuka tapak gerai dan hanya menjualnya melalui tempahan sahaja. Tahun ini, saya sendiri yang usahakannya digerai di hadapan Kompleks Pertama.

"Resipi serunding ini memang milik keluarga kami sendiri dan Alhamdulillah, sejak gerai ini dibuka sudah lebih 100 kilogram berjaya dijual. Serunding ini dijual mengikut bungkusan-bungkusan berharga RM15 sahaja, dan ia bukan sahaja dijual pada musim perayaan tetapi sepanjang masa,"jelas Fizo.

Fizo yang meletakkan sasaran, sepanjang Ramadhan dia berharap dapat menjual 1000 kilogram serunding.

Ditanya tentang perkembangan terbaru Fizo, 26, dia yang kini baru sahaja menerima tawaran mengacarakan program popular, "Nasi Lemak Kopi O" mengakui agak gementar sewaktu mula bersiaran seminggu yang lalu. "Nasi Lemak Kopi O" yang bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di TV 9.

"Sebelum ini saya pernah mengacarakan beberapa program, tapi tidaklah segementar ini. Alhamdulillah, walaupun macm-macam perasaan ada pada ketika itu, tapi saya tetap dapat menjayakannya dengan baik.

Tahun ini juga merupakan tahun yang agak sibuk bagi kerjaya lakonan Fizo. Ada lima buah filem yang masih menunggu untuk ditayangkan di pawagam iaitu "Hello", "Halimunan", "7 Petala Cinta", "Azazil", dan "Minyak Dagu".


sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments