Jimmy Shanley : Layankan Saja!


Bila masuk bulan Ramadhan pasti ramai yang ingin berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga. Begitu juga bagi pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31 atau lebih dikenali dengan Jimmy Shanley.

"Kalau diberi kesempatan saya ingin berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga.Tapi sekiranya tidak kesampaian saya akan berbuka dan bersahur seorang diri, yang penting saya melakukan tanggungjawab saya sebagai seorang islam iaitu berpuasa", ujarnya.

Bertanya tentang perkembangan kes yang difailkan Jimmy terhadap isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, iaitu permohonan kembali taat dan nusyuz. Jimmy menjawab, " Kes tersebut ditangguhkan buat sementara waktu. Memandangkan sekarang bulan puasa bulan yang mulia, saya tidak mahu gaduh-gaduh, jadi saya tunggulah pagi raya untuk bersalaman dan bermaaf-maafan untuk pertama kalinya dalam seumur hidup.

Tambahnya lagi, "Kes akan bersambung pada bulan September. Tunggu dan lihat sahaja nanti. Saya pun tidak berani untuk memberi komen yang lebih takut nanti akan timbul masalah lain."


Jimmy juga sempat memberi komen terhadap kenyataan isterinya yang menyatakan Jimmy pernah memukul serta terlalu mengongkong dirinya untuk berjumpa dengan rakan-rakan. Selain itu juga, Jimmy dikatakan tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Rania Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

Jimmy yang tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila ketika selepas perkahwinan dan semasa bulan madu di Koh Samui, Thailand.

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya.

Lagipun pukulan itu hanyalah pukulan manja tidak perlulah saya menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa yang terjadi ketika bersama. Saya menganggap perkara tersebut adalah kemurungan selepas mengandung, walaupun saya dituduh meroyan biarkan saja." ujar Jimmy.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986. Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments