Datuk Yusof Haslam atau nama sebenar Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah, pelakon dan penerbit drama dan filem terkenal Malaysia. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 1984 menerusi filem 'Mekanik'.
Kira-kira 17 tahun lalu, penerbit dan pengarah popular ini berjaya mencipta rekod dalam dunia perfileman tempatan apabila filem keempatnya, 'Sembilu II' mencatatkan kutipan tiket luar biasa sebanyak RM6.3 juta yang belum pernah dicatatkan oleh mana-mana pengarah filem tempatan sebelum ini, ia sekali gus meletakkan nama Datuk Yusof Haslam di puncak kegemilangan sehingga diberi jolokan 'The Six Million Dollar Man'.
Antara filem dan drama TV lakonan serta terbitannya ialah 'Permintaan Terakhir', 'Bukit Kepung', 'Penentuan','Bayangan Maut', 'Pemburu Bayang', 'Sembilu', 'Sembilu 2', 'Maria Mariana', 'Bara', 'Gemilang', 'Pasrah' dan 'Gerak Khas The Movie'. Terbaru, filem terbitannya 'KL Gangster' yang merupakan arahan anaknya sendiri, Syamsul Yusof telah mendapat sambutan yang hebat dari penggemar filem dan menjadi filem yang terlaris dalam sejarah filem tempatan.
Kini legasi seninya sudah diambil alih oleh anaknya, Syamsul yang berjaya meneruskan kesinambungannya sebagai pengarah pecah panggung.
Jom ikuti temubual bersama 'The Six Million Dollar Man', Datuk Yusof Haslam.

1. Pertama sekali tahniah dengan kejayaan filem KL Gangster yang mendapat kutipan tertinggi filem tempatan setakat ini. Boleh kongsi berapa kutipan sebenar filem ini?
Jawapan : Terima Kasih. Kutipan menerusi pawagam wajib tayangan adalah 11.74 juta. Jika termasuk kutipan pawagam-pawagam bebas kutipannya RM 12 juta.
2. Filem KL Gangster telah menjadi satu fenomena baru dalam industri filem tempatan. Sehingga kini orang ramai masih lagi memperkataan tentang filem tersebut. Apakah perasaan Datuk selaku penerbit filem ini?
Jawapan : Saya bersyukur kerana filem ini membawa satu ajakan paradigma. Lebih-lebih lagi di terima majoriti penonton melayu yang mengakui filem ini bukan saja komersial tapi mempunyai mutu yang membanggakan.
3. Idea siapa yang inginkan Rosyam Nor untuk berlakon dalam filem KL Gangster 2? Mengapa Rosyam Nor menjadi pilihan?
3. Idea siapa yang inginkan Rosyam Nor untuk berlakon dalam filem KL Gangster 2? Mengapa Rosyam Nor menjadi pilihan?
Jawapan : Ini semua Idea Syamsul Yusof . Dari awal lagi Syamsul memang mahu mengambil Rosyam Nor berlakon.
4. Adakah Datuk rasa Rosyam Nor mampu untuk melakukan aksi-aksi yang kebanyakannya dilakukan oleh orang muda?
Jawapan : Kenapa tidak. Dia belum pun tua lagi. Sekitar 40’an dan mampu lagi untuk beraksi. Semua orang tahu Rosyam Nor adalah pelakon yang hebat.
5. Memandangkan kedua - dua anak Datuk iaitu Syamsul dan Shafiq telah mengikuti jejak langkah Datuk sebagai seorang pengarah, apakah perbezaan antara mereka dan harapan Datuk terhadap mereka?
5. Memandangkan kedua - dua anak Datuk iaitu Syamsul dan Shafiq telah mengikuti jejak langkah Datuk sebagai seorang pengarah, apakah perbezaan antara mereka dan harapan Datuk terhadap mereka?
Jawapan : Masing-masing ada stail dan gaya tersendiri dalam arahan. Syamsul seorang yang tegas masa mengarah manakala Syafiq agak cool. Harapan saya agar mereka akan meneruskan dan menyambung perjuangan saya. Dan saya rasa mereka mampu untuk pergi lebih jauh.
6. Datuk tak teringin untuk mengarah filem kembali?
Jawapan : Memang teringin tapi masa tak mengizinkan kerana sibuk dengan banyak penerbitan rancangan-rancangan tv yang perlukan komitmen 100%.
7. Bilakah kali terakhir Datuk pergi menonton filem di pawagam? Filem apa?
Jawapan : Kali terakhir saya menonton filem di pawagam adalah filem “Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 2” sebulan lalu.
8. Pada pandangan Datuk, mampukah Malaysia menghasilkan filem seperti Transformers dan Avatar?
Jawapan : Pada pandangan saya, kita belum mampu untuk menghasilkan filem seperti itu tapi tidak mustahil satu hari nanti.
9. Sekarang banyak production house di Malaysia berlumba - lumba untuk menghasilkan filem berbentuk 3D. Adakah Skop Production mempunyai rancangan untuk membuat filem berbentuk 3D juga?
Jawapan : Kami belum mempunyai perancangan lagi untuk menghasilkan filem dalam bentuk 3D. Kami dalam proses mengkaji.
10. Baru - baru ini telah berlangsungnya pra-pelancaran Festival Filem Malaysia 24, tapi sayangnya artis-artis yang bernama besar tidak kelihatan walaupun telah memberitahu pada awalnya akan hadir. Kenapa agaknya perkara tersebut boleh terjadi? Adakah disebabkan masalah dalaman yang berlaku akan menyebabkan ramai tidak memberi sokongan kepada FFM24?
Jawapan : Ramai yang dapat undangan di saat akhir. Selain itu ramai yang sibuk dengan jadual yang padat. Mungkin sebab itu mereka tidak dapat hadir.
11. Kenapa Datuk menyatakan program jelajah FFM24 tidak relevan untuk diadakan?
Jawapan : Itu hanya pandangan peribadi. Saya rasa kita tak perlu membazir. Apapun saya tak menghalang jika siri jelajahi ini mahu di teruskan.
12. Untuk FFM24 Kali ini, adakah Datuk melihat Skop Production dan Syamsul akan menang besar kali ini?
Jawapan : Semua orang yang bertanding mengharap kemenangan. Apa pun terserah pada juri dan rezeki.
13. Apakah projek terbaru Skop Production?
Jawapan : Projek terbaru Skop Production ialah akan memulakan penggambaran filem KL GANGSTER 2 pada November 2011
14. Apakah persediaan Datuk dan keluarga untuk menyambut bulan Puasa?
Jawapan : Macam biasa saja. Kami merayakan secara sederhana. Selain menyumbang derma kepada surau-surau, masjid dan rumah-rumah anak yatim yang memerlukan mengikut kemampuan yang ada pada kami. Setiap rezeki harus di kongsi bersama.
sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
0 Comments