Produk Simply Siti Tidak Halal? Berus Diperbuat Daripada Bulu Babi?


Abang Nara baru terbaca blog Sazuya yang menyatakan bahawa permohonan halal untuk Simply Siti tidak berjaya. Dan tuan puan blog tersebut tidak hanya bercakap kosong tetapi turut melampirkan surat pekeliling daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.

simply siti tidak halal

Tambah mengejutkan ialah apabila produk berus Simply Siti dikatakan diperbuat daripada bulu babi. Namun untuk makluman anda, bukan hanya produk Simply Siti sahaja yang tidak berjaya mendapatkan pengesahan halal, ada lagi beberapa nama besar yang turut sama gagal mendapatkan pengesahan halal.

Namun sebenarnya Abang Nara agak pelik sebab kalau tak silap dulu pernah dengar cerita yang Simply Siti telah disahkan halal oleh pihak-pihak tertentu. Kenapa tiba-tiba boleh jadi tak halal pulak? Kita nantikan penerangan daripada pihak Simply Siti kelak.

UPDATE: Baru Abang Nara perasan yang lampiran tersebut hanyalah lampiran muka hadapan dan tidak ada senarai nama syarikat-syarikat yang gagal dalam permohonan sijil halal. Maka kemungkinan besar berita ini adalah palsu. Terima kasih.

sumber:beautifulnara


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments