Melalui sidang media yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada petang semalam telah membongkarkan segalanya apa yang terjadi. Menurut Raja Azmi,sidang media yang dibuat ini adalah bertujuan untuk mendedahkan apa yang terjadi sebenarnya dan ingin membersihkan nama keluarganya dan Roslin.
Raja Azmi berkata kepada media,kerana cinta dan wang, tiga individu termasuk bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman, dua lagi individu yang identitinya dirahsiakan sanggup untuk menganiayai dan memfitnah Raja Azmi dan Roslin Hashim semata- mata untuk memuaskan kehendak masing-masing.
Dia juga akan menyaman ketiga-tiga individu tersebut dan akan meminta perintah mahkamah untuk menarik balik atau memadamkan segala artikal yang berkaitan dengan kes khalwatnya yang tersebar di internet.
sumber:diari artis
0 Comments