Ada sesetengah pihak menyatakan Ally Iskandar mengikut jejak langkah Khairul Fahmi, dengan memutuskan pertunangan dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal. Ally yang ditemui ketika rakaman Mentor Raya, menegaskan bahawa keputusan untuk memutuskan pertunangan tiada kaitan dengan dirinya yang mahu mengikut jejak langkah seperti Khairul Fahmi Che Mat yang juga memutuskan pertunangannya dengan Elia pada hari yang sama.
"Saya harap, tiada spekulasi atau pandangan buruk yang berlaku kerana saya dapat tahu, ada orang menganggap saya sengaja mahu mengikut jejak Fahmi untuk memutuskan pertunangan ini," tegasnya.
Tiada keserasian diantara mereka itulah punca Ally dan pasangan mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan. Walaupun hakikatnya mereka telah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini.
“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya.
Keputusan memutuskan tali pertunangan itu juga memberi impak yang besar kepada dirinya. Ally yang berasa sangat kecewa kerana sangkanya, dengan usia yang semakin meningkat dan mempunyai kerjaya yang kukuh, dia dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin.
Buat masa sekarang, Ally hanya mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3. Bagaimanapun Ally menyatakan dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka. Ally Iskandar, 35, dan Nur Aisyah Zainal, 25, mengikat ikatan pertunangan pada 11 Februari 2011.sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
0 Comments