“Tandatangan Mamat Buat Saya Jatuh Hati” – Fida

“Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia memberikan autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem “Man Sewel Datang Kl. Bagi saya itu sesuatu yang jarang berlaku”, “ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut sayang pada jejaka bernama Mamat daripada Kumpulan Sepah.

Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25 yang juga bekas ujar bekas juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat Sepah sekarang ini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru menginjak enam bulan.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, “Mamat ni memang kelakar tapi dalam masa yang sama manja, sensitif dan tegas orangnya. Tapi kadang-kadang, Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak berbaur kasar yang membuatkan saya terkejut dan susah untuk terima. Apa pun kami masing-masing cuba terima dan belajar kelemahan dan kekurangan masing-masing.”

“Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyanyang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan Maharaja Lawak, Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab.” Jelas Fida sambil menguntum senyum.

Ditebak wartawan tentang aktiviti yang mereka sering lakukan, Fida menjelaskan yang mereka tidak pernah keluar berdua kerana setakat ini kalau keluar mesti ditemani PA masing-masing. Kesibukan masing-masing juga tidak mengizinkan mereka keluar berpacaran hatta menonton wayang bersama.

Ketika ditanya wartawan apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat.

"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami fokus pada kerjaya masing-masing, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun, sekiranya tertulis jodoh kami berlaku dalam masa terdekat, saya tidak akan menolak ketentuannya. Tapi kalau boleh biarlah kami 'berkawan' dahulu," ujar Fida tersipu malu.

sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments