Baju Kahwin Memey Akan Dipamer Di Muzium

Kami pasti gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia untuk majlis resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim cantik tetapi agak menarik perhatian juga apabila mendengar melalui Diva Kosmo yang ia akan dipamerkan di Muzium Negara selepas selesai majlis resepsi.

Bagi kami hanya item-item tertentu memang layak untuk dipamerkan di sana, sebagai contoh, Piala Suzuki AFF 2010 yang dimenangi oleh pasukan bola sepak kebangsaan, kerana ianya bernilai kepada negara dan mempunyai makna kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Kami memandang positif pada perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim tetapi nilai profesional Memey dan Norman sebagai pelakon, bagi kami, dan juga gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia tidak memiliki signifikan kepada masyarakat untuk melayakkan item-item yang dipinjamkan padanya oleh syarikat barangan kemas berasaskan mutiara tersebut dipamerkan sehingga ke tahap itu.

Apakah mutiara Rafflesia sebenarnya setaraf nilai berlian?

Jangan lupa saksikan pementasan teater bangsawan Hikayat Malim Deman di Panggung Bandaraya, 8.30 malam Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Tiket hanya RM 5.


sumber;beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments