Serius Abang Nara terkejut beruk membaca status di Facebook Page Gambit Saifullah
ini. Dah buang tabiat ke apa mamat nie. Memang sangat-sangat tak sesuai
status yang ditulis. Ada ke patut menyamakan peminat yang menyokong
kita dengan binatang? Lebih-lebih binatang seperti anjing atau babi.
Kat page ni juga ada ramai binatang2 seperti anjing/babi & lain2 dalam pakaian model/tradisional & etc. Kerja mereka adalah untuk menghiburkan kita. Oleh kerana kita tahu akan tahap pemikiran mereka yg agak cetek, kita layankanlah gelagat binatang2 peliharaan kita ini. Semoga mereka dapat dijinakkan satu hari nanti. Amin.
Memang serius tak boleh blah status di atas kan? Kalau tengah bengang
pun, man man lah. Tak perlu nak update status yang menghina orang lain
sampai tahap begitu. Apa nak jadi dengan Gambit? Dan untuk pengetahuan
anda, status FB tersebut sudah pun didelete. Mungkin Gambit tak tahan
mendengar kutukan yang diberikan terhadapnya.
Kepada Gambit, sudah-sudahlah tue. Tak perlu kot buat kontroversi
murahan begini. Hati peminat perlu dijaga (itupun kalau ada peminat la)
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
0 Comments