Mamat Khalid Tidak Puas Hati Dengan Sambutan Baik Nasi Lemak 2.0


Sehingga kini kita tidak tahu statistik tentang filem Nasi Lemak 2.0 — kerana ianya bukan filem wajib tayang.

Namun yang pasti, maklum balas dari peminat yang sudah menonton memang baik & memberangsangkan.

Kami yang aktif mengikuti review ringkas para peminat di Twitter & juga Facebook memang kagum dengan respons yang di’berikan.

Tetapi tidak bagi insan seni & pengarah popular, Mamat Khalid. Beliau mempunyai pandangan yang cukup berbeza tentang sambutan baik rakyat Malaysia terhadap Nasi Lemak 2.0 ini.

Mamat Khalid dalam blog beliau Tempurung Pecah menyelar mereka yang menyokong filem Nasi Lemak 2.0 kerana di’mata Mamat Khalid, Namewee adalah seorang yang racist dan menghina Melayu.

Pengarah yang popular dengan filem komedi ini juga gusar dengan masyarakat Malaysia yang kini mengangkat golongan bangsat sebagai hero & golongan bangsat ini di’benarkan berjumpa dengan Perdana Menteri.

Agak kasar ayat yang di’gunakan tetapi itu orang seni, mungkin biasa bagi mereka. Untuk kami, kami sukakan karya Namewee atas nama berkarya.

Kami tolak tepi isu perkauman dan itulah matlamat utama Nasi Lemak 2.0 yang di’cipta Namewee. Dan dia berjaya.


sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments