Rozita Che Wan Bercinta Dengan Zain Saidin?

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, telah dihubungi oleh Mstar Online berhubung dengan status hubungannya dengan pelakon dan model kacak, Zain Saidin, 27.
“Saya malas nak jawab tentang cerita ini kerana nanti orang akan kata saya syok sendiri. Lebih baik tanyakan sahaja kepada Zain.
Rozita yang juga mesra dengan panggilan Cik Ta juga menambah,
“Dia merupakan seorang yang baik dan pandai melayan anak-anak saya. Mereka juga sangat menyukai Zain.”
Zain yang dihubungi walau bagaimanapun dikatakan tergelak bila ditanya status hubungannya dengan Cik Ta yang juga pernah dikaitkan dengan Shahir Zawawi itu. Dia menyatakan mereka hanya teman rapat.
“ “Mereka memanggil saya ‘uncle’ dan saya memang suka melayan budak-budak. Mungkin cerita tentang hubungan cinta kami tersebar memandangkan kami sama-sama terlibat dalam drama Kiah Pekasam.”
Sabar sajalah, seperti Cik Ta, kami juga masih menunggu kenyataan yang pasti. Orang kata kalau ada jodoh, tak ke mana.
***
Rakyat Melaka dan pelancong dari luar yang datang ke Melaka,  beramai-ramai ke Festival Hang Tuah pada 23 – 35 September ini di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka. Pelbagai acara menarik seperti demonstrasi persilatan, Pandai besi  (Pembuatan Senjata Melayu), menganyam nipah dan mengkuang, permainan rakyat, pembuatan perahu, pembuatan Setanjak, dan masakan Tradisional Melayu. Aktiviti lakonan semula peristiwa penting di zaman Hang Tuah akan diadakan ketika aktiviti demonstrasi dijalankan.

Sumber;beautifulnara
______________________________________________________

Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments