Ingatkan sudah tamat segala kontroversi yang berkaitan dengan putus
tunang antara Khairul Fahmi dan Jejari Runcing, rupa-rupanya cincin
pertunangan masih belum dipulangkan oleh Khairul Fahmi. Ibu Elia
menyatakan yang cincin pertunangan masih belum diterima lagi selepas
beberapa siri kenyataan daripada Khairul Fahmi.
Kalau dia (Khairul Fahmi) ‘jantan’ sangat, kenapa tak datang jumpa kami sendiri. Dia banyak memberikan kenyataan tidak benar, sekali gus memberi persepsi negatif kepada keluarga kami. Bila dia kata nak putuskan pertunangan ikut adat Melayu, sehingga hari ini dia sebenarnya tak buat apa-apa pun. Kami malas hendak memanjangkan isu ini, tapi apabila dia memberi kenyataan tidak benar, kami kena perbetulkan.
Namun menerusi Metro Ahad semalam, Khairul Fahmi berkata yang ini
semua adalah salah faham. Berikut ialah kata-kata Khairul Fahmi:-
Saya anggap perkara ini sebagai salah faham sahaja. Lagipun urusan mengenai pemulangan cincin tunang itu dibincang menerusi keluarga angkat, bapa Aimie (Elia) dan ibu tirinya. Memang cincin itu masih ada di tangan keluarga angkat dan saya akan pulang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut ada nanti.
Abang Nara pun berdoa agar kemelut antara mereka berdua ini dapat
diselesaikan secepat mungkin sekaligus membolehkan Khairul Fahmi
menumpukan 100% perhatian kepada perlawanan menentang Jepun tidak lama
lagi.
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
0 Comments