Bermacam-macam versi cerita dan info yang pernah kita dengan tentang
hubungan Khairul Fahmi dan Dahlia Teck yang dikatakan punca putusnya
pertunangan Khairul Fahmi dengan Elia. Namun tak pernah sekali pun
info-info ini datangnya daripada mulut Dahlia Teck sendiri. Menurut laman web Meow
yang mendakwa mendapat temubual ekslusif bersama Dahlia Teck, hubungan
Dahlia dan Fahmi masih di tahap mengenal hati budi masing-masing.
Dituduh menggunakan susuk dan guna-guna untuk memikat Fahmi, Dahlia
mengambil sikap untuk tidak menjawap tuduhan tersebut. Apabila diminta
menjelaskan apakah status hubungannya dengan penjaga gol kebangsaan ini,
Dahlia berkata:-
Saya dan Khairul Fahmi sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Malah apabila dilemparkan pelbagai tuduhan dan beberapa gosip membuatkan kami lebih kerap berhubung. Kami makin rapat selepas pelbagai pertuduhan dan perkataan kurang sopan yang dikeluarkan kepada saya oleh individu-individu tertentu.
Kata Dahlia lagi, dia sekadar menjadi tempat mengadu buat Khairul
Fahmi terutama apabila sebuah yang diberi nama Ahkak Puaka diwujudkan.
Saya tak nak masuk campur dalam hal Elia dan Fahmi. Yang pasti Fahmi sendiri menyatakan yang dia ada banyak sebab yang membuatkan dia nekad untuk memutuskan pertunangan. Fahmi bukan jenis yang bercerita hal peribadi dia, saya dah lama berkawan dengan dia pun dia susah hendak bercerita tetapi bila keadaan menjadi semakin teruk, dan blog Ahkak Puaka diwujudkan, menyebabkan Fahmi mengadu semua kepada saya. Dan itu satu faktor yang membuat kami lebih rapat. Kami sendiri pun terkejut macam mana Ahkak Puaka dapat tahu tentang semua itu. Mungkin salah seorang ahli keluarga terdekat atau kawan Fahmi atau Elia.
Abang Nara tak pernah pulak baca blog Ahkak Puaka yang dimaksudkan
oleh Dahlia di atas. Semoga dengan penjelasan Dahlia di atas, namanya
tidak lagi dikaitkan dengan Khairul Fahmi. Apa-apa pun, sama-sama kita
doakan agar Khairul Fahmi dapat beraksi cemerlang dalam perlawanan
menentang Jepun hari Rabu ini.
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
0 Comments