Shah Jaszle yang selama ini digosipkan bercinta dengan Neelofa
tup-tup baru-baru ini mengakui sedang bercinta dengan pelakon sensasi
Miera Liyana. Akhirnya Neelofa boleh menarik nafas lega kerana tidak
lagi dicop punca perpisahan dalam hubungan Shah Jaszle dan Maria Farida
sebelum ini. Namun persoalannya, adakah benar-benar Shah Jaszle dan
Miera Liyana bercinta atau ini sekadar gimik filem terbaru lakonan
bersama mereka, Rentaz?
Untuk pengetahuan anda, Miera Liyana dan Shah Jaszle pernah satu
sekolah time belajar dulu. Masa tue pun Shah Jaszle ada menaruh hati kat
Miera tetapi disebabkan kawan baiknya minat kat Miera, maka
dipendamkanlah saja niatnya itu. Namun selepas bertemu kembali di dalam
dunia lakonan, nampaknya kedua-dua manusia ini jatuh cinta jua akhirnya.
Kata Miera:-
Saya takut sebenarnya, selepas putus cinta dengan bekas kekasih dulu, saya tidak bercadang untuk bercinta dengan sesiapa buat sementara waktu. Namun takdir tiada siapa yang tahu. Saya bagaimanapun cuba menerima hubungan ini secara berpada-pada, maksudnya tidak mahu terlalu taksub. Saya tidak mahu timbul sebarang salah faham. Saya senang dengan Shah kerana dia seorang lelaki matang, berdikari dan rajin. Lagipun dia juga banyak mengajar dan membimbing saya dalam dunia lakonan.
Ini pula kata-kata daripada Shah Jaszle yang matang, berdikari dan rajin:-
Kisahnya saya dan kawan baik saya itu bercadang keluar sama. Kawan saya cakap dia mahu membawa teman rapatnya sekali. Saya sendiri tidak tahu siapa/ Apabila dia muncul bersama Miera, saya diam saja. unia ini kecil. Pusing-pusing akhirnya bertemu semula. Bagaimanapun, waktu itu kami ibarat bertemu rakan lama. Lalu peluang itu saya gunakan untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita apa yang berlaku selepas saya meninggalkan zaman persekolahan. Waktu itu Miera bagaimanapun berkata, dia sedang berkawan dengan seorang lelaki. Jadi kami terus berkawan lagi. She’s nice. Tak plastik. Saya tak kisah jika orang tak suka dia. Saya juga tak kisah apa orang nak cakap tentang dirinya atau kontroversinya. Karektor dia juga memikat saya. Dia seorang yang sempoi dan mudah untuk ‘communicate’ dengannya. Jangan lihat usianya yang muda. Bila topik yang dibualkan sesuatu yang serius, dia boleh serius.
Namun ada satu ayat pedas daripada Shah Jaszle yang terngiang-ngiang di telinga Abang Nara:-
Sekarang susah nak cari perempuan yang baik. Di dalam industri ini, saya dikelilingi perempuan cantik tetapi kecantikkan tidak menjaga kita.
Semoga percintaan antara Shah Jaszle dan Miera Liyana ini bukan
sekadar bertujuan untuk melariskan filem lakonan mereka berdua. Biarlah
cinta ini hadir daripada hati yang tulus lagi suci. Kalau betul-betul
bercinta, Abang Nara doakan agar korang berdua bahagia sehingga ke
jinjang pelamin.
______________________________________________________
0 Comments