Sekejap nak berhenti, sekejap tak jadi berhenti. Sekejap dah insap, sekejap nak jadi penyanyi balik. Memang macam lalang sungguh Shahir AF8 nie. Kalau nak berhenti, berhenti je lah. Tak payah kecoh nak berhenti pastue tup tup nak menyanyi kembali. Buat habiskan beras je. Tak gitu?
Bukan apa semalam semasa mak Shahir diinterview, katanya Shahir akan kembali aktif menyanyi. Abang Nara agak pelik sebab hari tue dengar cerita dah nak bersara sepenuhnya. Kata mak Shahir:-
Pelbagai spekulasi mendakwa Shahir sakit, kecewa cinta termasuk sakit mental hingga dilihat keluar dari rumah dalam keadaan berjambang dan tidak terurus tidak benar. Tuduhan melulu itu penganiayaan, namun kami tetap tabah. Shahir akan meneruskan perjuangan seninya seperti dirancang dengan Astro Entertainment Sdn Bhd berikutan dia masih mempunyai baki kontrak lebih setahun.
Kepada Shahir, sila jangan jadi lalang. Kalau rasa nak teruskan menyanyi, sila teruskan sepenuhnya. Kalau nak berhenti pun sila berhenti terus. Jangan nak buat kecoh sana-sini. Nanti menyampah pulak orang dibuatnya.
sumber:beautifulnara
0 Comments