Dr Mahathir: Filem Hantu Rosak Fikiran Rakyat Malaysia, Karut Semata


Dan, masanya sudah tiba untuk bekas pemimpin tertinggi negara untuk bersuara tentang lambakan filem seram di’pasaran.

Tun Dr Mahathir Mohamed bercakap tentang pandangan beliau berkaitan pengeluaran filem hantu atau seram yang sering menghiasi pawagam di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam.

Dr Mahathir yang menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang sains itu berkata filem hantu hanya meracun pemikiran rakyat Malaysia & karut semata.

Menurut beliau, filem hantu boleh membantutkan usaha kerajaan untuk membina rakyat yang lebih percayakan sains & teknologi berbanding kepercayaan tahyul & karut.

“Sebagai seorang Muslim, kita patut tahu hanya Allah S.W.T yang mempunyai kuasa atas segala sesuatu,” kata Dr Mahathir yang turut menyentuh isu hukum hudud yang pastinya tidak akan kami tulis di’sini.

Jadi, apa pendapat anda? Anda setuju dengan kenyataan Dr Mahathir atau anda peminat filem seran yang hanya melihat filem tersebut hanya sebagai hiburan semata mata? Komen di’bawah. via NST

sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments