Kemenangan Lagu Terbaik Penakut Nyanyian Yuna Untuk AIM Ditarik Balik

Mengejutkan. Rumah sudah siap tapi bukan sahaja pahat yang berbunyi. Ini tahap gerudi pun berbunyi sekali. Agak memalukan apabila kemenangan untuk Lagu Terbaik AIM yang dimenangi oleh Yuna terpaksa ditarik balik oleh kerana silap daripada pihak penganjur. Pemenang sebenarnya ialah tak lain tak bukan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.

lagu yuna ditarik balik

Walaupun pada mulanya Abang Nara sendiri mempertikaikan kemenangan lagu Penakut kerana lagu ini kalah kepada lagu Sedetik Lebih untuk kategori lagu pop terbaik, namun dengan keputusan untuk menarik balik kemenangan ini menunjukkan ada beberapa kelemahan yang perlu segera diperbaiki AIM. Agak memalukan untuk keputusan ditarik balik buat satu anugerah yang tinggi prestijnya.

lagu yuna ditarik balik

Kepada Yuna, harap anda bersabar. Ini namanya tak ada rezeki. Kepada AIM, tak sabar rasanya nak menunggu sidang media daripada pihak anda untuk menjelaskan keadaan.

sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments