Majlis Perkahwinan Dira Abu Zahar Dan Helmi

Akhirnya, Dira Abu Zahar yang dikenali sebagai pengacara Melodi telah sah bergelar isteri kepada Helmi dengan 3 kali lafaz. Kedua-dua pasangan nampak sama cantik sama padan dengan salinan baju pernikahan berwarna putih. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

gambar kahwin dira abu zahar

Pasangan Dira dan Helmi dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long kira-kira pukul 4.16 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.77. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Manakala, pihak Helmi menerima 11 dulang antaranya coklat, jam tangan, kek, helmet, AlQuran, sejadah, Mac Book, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Anizam Yussof manakala wajah Dira disolekkan oleh Zamri Zainol.

Majlis resepsi Dira dan Helmi ini bakal berlangsung pada 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL.

Lagi gambar majlis pernikahan Dira Abu Zahar dan Helmi dengan membaca entri ini sepenuhnya. Nanti kalau ada gambar baru Abang Nara update lagi.

gambar kahwin dira abu zahar

gambar kahwin dira abu zahar

gambar kahwin dira abu zahar

sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments