Bunohan Ke Pawagam Tempatan 8 Mac 2012 Selepas Cipta Nama Di Luar Negara


Walaupun ada poster rasmi untuk tayangan tempatan dari produksi, kami lebih sukakan imej indie di’sebelah sebagai poster rasmi.

Bunohan, filem yang sudah kita semua dengar kisahnya sejak setahun yang lalu kini akan ke pawagam tempatan.

Filem ini merupakan arahan Dain Said yang juga bertindak sebagai pengarah filem penuh kontroversi, Dukun — filem yang tidak sempat menjengah skrin pawagam Malaysia sehingga ke hari ini.

Untuk yang belum tahu, Bunohan berjaya mendapat perhatian yang cukup baik dari penggiat filem ketika tayangan khas di Toronto International Film Festival dan baru baru ini berjaya membawa pulang NETPAC Awards di Taipei Golden Horse Film Festival.

FINAS belum mengemaskini tarikh tayangan filem untuk bulan Mac 2012 namun menerusi hebahan tidak rasmi di Facebook Bunohan, filem yang menampilkan aksi tomoi ini akan ke pawagam pada 8 Mac.


sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments