Wednesday, February 15, 2012

Jangan Tidur Lagi Ekploitasi Kanak-Kanak

Filled under:

Abang Nara dah lama rasa tidak senang dengan program Jangan Tidur Lagi yang menggunakan kanak-kanak sebagai pengacara jemputan. Mula-mula Abang Nara ingat Abang Nara sorang je yang meluat. Namun semalam, ada sepucuk email yang Abang Nara terima yang menyatakan ketidaksenangannya juga terhadap program ini.

jangan tidur lagi

Berikut ialah email yang dikirim oleh pembaca tersebut:-

Assalamualaikum wrt wbt.

Dear Abang Nara,

Saya baru sahaja pulang ke tanah air untuk bercuti dari pengajian saya di Australia. Kelmarin saya berpeluang menonton program Jangan Tidur Lagi di TV3. Saya sangat terkejut apabila dua orang kanak-kanak bawah umur telah ditampilkan di dalam program tersebut sebagai pengacara bersama Adlin Aman Ramli. Saya mengakui kanak-kanak tersebut sangat berbakat dan petah ketika berbicara. Tetapi pada pendapat saya kanak-kanak tersebut sangat kurang sesuai dijadikan pengacara bersama dalam program tersebut.

Kanak-kanak tersebut telah menjalankan sesi temubual kepada artis jemputan dengan bergaya seperti orang dewasa, menggunakan bahasa orang dewasa,

membincangkan tajuk perbualan orang dewasa malahan terdapat soalan-soalan berunsur gossip dan hiburan yang tidak membangunkan minda kanak-kanak terbabit.

Menjadi kegusaran adalah kanak-kanak lain akan cenderung untuk menonton rancangan tersebut dan meniru pengacara kanak-kanak tadi. Ibu bapa yang perihatin tentu gusar dengan keadaan ini.

Rancangan itu juga bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 11.00 malam dan keesokkan harinya adalah hari bersekolah. Jika ada kanak-kanak yang sudah takjub dengan pengacara cilik itu tadi tentu tidak melepaskan peluang untuk menonton rancangan tersebut dan mereka akan tidur lewat.

Benar ibubapa bertanggungjawab untuk mengawal tingkah laku dan aktiviti anak-anak. Tetapi pihak stesen televisyen juga ada tanggungjawab sosial yang perlu mereka patuhi dan menjadi anggota masyarakat yang prihatin.

Kita telah terbeban dengan pelbagai cabaran dan masalah sosial. Hiburan berlebihan, gaya fesyen yang keterlaluan dan perlakuan sesetengah artis yang melampaui batas, jadi tidak perlulah stesyen televisyen menambah lagi cabaran-cabaran tersebut dengan membabitkan kanak-kanak pula dalam rancangan hiburan orang dewasa. Secara rasionalnya apakah keperluan pengacara kanak-kanak terbabit dalam rancangan tersebut?

Apakah kebaikkan dan faedahnya untuk pengacara kanak-kanak tersebut atau kanak-kanak yang menonton? Kanak-kanak ini umpama “sponge” menyerap segala apa dipersekitarannya. Jika hiburan dan dunia artis yang kita suapkan dalam minda mereka maka hiburan dan dunia artislah yang menjadi keutamaan mereka.

Kalau saya katakan kita terlalu mencontohi barat melebihkan hiburan dan artis, rasanya sangat tidak adil bagi negara barat kerana seteruk-teruk mereka saya tidak pernah menonton kanak-kanak Australia khususnya menjadi pengacara rancangan hiburan orang dewasa! Jangan kita membiarkan kanak-kanak ini terus menjadi orang dewasa sebelum waktunya.

Mereka masih belum kenal baik dan buruk maka kita yang perlu membimbing mereka. Jangan exploitasi kanak-kanak Malaysia. They are our future!

Saya prihatin. Anda bagaimana?

p/s: Abang Nara my email address is private. Please do not attach my email address if you are interested to publish my email to your blog. I hope we are care enough about our future generation. Thank you.

Abang Nara pasti ramai lagi yang tidak berpuas hati dengan penggunaan pengacara kanak-kanak dalam program Jangan Tidur Lagi ini. Sila luahkan pendapat anda. Mana tahu ada orang TV3 yang baca blog ini dan ada tindakan yang boleh diambil oleh mereka untuk membetulkan keadaan.



sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: