Monday, February 27, 2012

Suami Nadia Mustafar Patah Tulang Pipi Kanan, Terseliuh Bahu Kiri Dipukul Di Pusat Hiburan

Filled under:

Suami pelakon Nadia Mustafar yang juga penerbit filem, Hazil Izham Ismail, 38, patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri dibelasah 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pukul 5.30 pagi kelmarin.

Harian Metro melaporkan, kumpulan lelaki itu dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana terdapat perselisihan faham dengan Hazil mengenai zon larangan merokok.


Dalam kejadian itu, Hazil berkata dia baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat krew penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran. Mereka kemudiannya didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada krew penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum pertengkaran berlaku.

Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul krew saya yang lain.

Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya.

Tambahnya, dia tidak tahu motif dipukul sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat setelah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.


Hazil dikatakan juga perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya. Macam-macam ceritanya. Sampai macam tu sekali dipukul kerana rokok, seriau membaca penerangan Hazil. Dia kini dirawat di sebuah hospital pakar di Bangsar.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: